Mari Melukis

5 kebaikan mengapa anda patut ajak anak melukis sama-sama setiap hari.

Ibu bapa sebenarnya adalah guru pertama untuk anak-anak. Betul tak?Terdapat banyak perkara yang anak boleh belajar daripada ibu bapa. Contohnya membaca, menguruskan rumah, berkomunikasi, dan sebagainya. Selain membaca buku cerita dan bernyanyi bersama-sama, sebenarnya kita boleh ajar anak melukis kerana ini adalah sesuatu aktiviti yang sangat berfaedah!

cara anak pegang pensel

1. Mengasah kemahiran motor halus anak

Apabila anak sudah pandai memegang pensel, ibu bapa boleh tengok mana satu tangan dominan anak. Apabila anda ajar anak melukis, tunjukkan cara yang betul untuk memegang pensel dan pastikan anak mempunyai genggaman dan cara pegangan yang baik.

Dengan kawalan tangan yang lebih baik, coretan anak akan berubah kepada garisan dan garisan lengkung yang lebih padat.

Kemudian, anak akan belajar untuk melukis objek, orang, dan tempat pula!

2. Memupuk minat pada seni dan kreativiti

Setiap anak-anak ini sebenarnya mempunyai kreatif secara semulajadi. Ibubapa harus menjadi pendorong utama untuk mereka menerokai kreativiti dan memupuk minat seni di mana anak-anak boleh melukis atau merekabentuk dan mencipta apa sahaja..

3. Kelebihan jadi alat untuk mengajar buat anak

Sesetengah kanak-kanak adalah pelajar visual. Ini bermakna mereka belajar lebih baik melalui gambar atau imej. Jika anda anak yang diklasifikasi sebagai pelajar visual, lukisan boleh jadi cara baik untuk mengajar perkara dan idea baru.

Jika anda ajar anak melukis, dia boleh melukis jawapannya kepada soalan yang diberi. Ini aktiviti sambil belajar yang seronok, bukan? 

Anda boleh tanyakan tentang mainan kegemarannya, makanan, watak kartun serta tempat-tempat yang dia pernah lawat.

Satu cara lainnya adalah dengan menyuruh anak melabelkan lukisan mereka. Aktiviti ini lebih sesuai untuk kanak-kanak yang sedang belajar huruf abjad, dan boleh mengajar anak ejaan dan tulisan tangan. 

4. Meluahkan perasaan mereka melalui seni

Ajar anak melukis dan ajar mereka yang lukisan boleh digunakan sebagai cara untuk meluahkan emosi, pemikiran, perasaan suka, dan tidak suka.

Melalui lukisan serta warna yang diguna, anak boleh menunjukkan perasaan mereka tanpa batasan. Ibu bapa juga boleh mengenali dan memahami personaliti anak apabila mereka ikut melukis bersama.

dapat membina ikatan kekeluargan

5. Membina ikatan seluruh keluarga

Melukis bersama ialah salah satu aktiviti yang boleh membina ikatan kekeluargaan tanpa menggunakan gajet. Cara yang menyeronokkan untuk mengajar benda-benda baru dan meningkatkan perkembangan otak anak-anak.

Oleh itu, ibu bapa ajar anak melukis dan ikut melukis bersama-sama. Ianya tidak hanya membina ikatan yang erat, hasil lukisan bersama juga boleh disimpan buat kenangan berharga seisi keluarga.

1 set buku melukis lukis segitiga,bujur,bulatan dan segiempat

4 buku melukis ini hanya dengan harga Rm28.50 siap postage Semenanjung Malaysia.

KLIK : http://www.wasap.my/60122825665/1setbukumelukis