10 Aktiviti Intervensi Persepsi Visual di Rumah atau Sekolah
Cikgu atau ibu ayah boleh buat dengan anak-anak. Sangat mudah, murah dan tak perlu keluar rumah.
Antara aktiviti intervensinya ialah seperti :
1️⃣ Latihan kiri dan kanan
Mereka selalu keliru kiri dan kanan. Boleh guna marker sebagai coping strategy mereka
2️⃣ Midline crossing exercises
Aktiviti ini sangat bagus untuk rangsangan minda dan fikir
Nak contoh, pegang telinga kiri dengan tangan kanan. Jadi, sudah cross garis tengah badan kita. Aktiviti lain, macam mengelap meja, tapi kena gerakkan tangan tu ke kiri dan ke kanan.
Boleh la kalau nak nyanyi lagu ‘Kawan Saya Dah Jadi Zombie’ by Didi and Friends tu untuk midline crossing ni 😁
3️⃣ Lazy 8 exercises
Aktiviti ini adalah seperti menulis nombor 8 secara melintang
Boleh buat guna tangan, mata, kaki. Nak bergerak buat gerakan 8 tu pun boleh. Lazy 8 exercise ini adalah salah satu daripada item Brain Gym.
4️⃣ Puzzle
Sangat bagus untuk kemahiran persepsi visual
5️⃣ Matching pictures/ shadows
Yes, aktiviti ini sebenarnya menyeronokkan. Dalam buku aktiviti visual perception saya banyak worksheet macam ini. Yang dalam internet pun banyak juga.
6️⃣ Spot the difference
Mencari perbezaan dalam 2 gambar yang sama
7️⃣ Sambung titik titik noda (ehh 😜)
Hehe. Dot to dot lah
8️⃣ Latihan visual memory
Ingat semula apa yang dilihat. Visual memory berbeza dengan auditory memory, sebab auditory memory tu macam hafalan lagu yang didengari. Kalau visual lebih kepada ingat apa yang dilihat.
9️⃣ Obstacle course activity
Yang ini macam litar aktiviti fizikal. Selalu ada dalam mata pelajaran fizikal di sekolah. Tapi boleh juga digabungkan dalam mata pelajaran kognitif supaya murid lebih aktif
1️⃣0️⃣ Hand and eye coordination activities
Yang ini banyak, kebanyakan aktiviti fizikal guna kemahiran ini
Aktiviti menggunakan bola memang banyak guna kemahiran hand and eye coordination
Sumber gambar: Google photo
Mahfuzah zainol
