10 TEKNIK HAFAZAN PROFAZZ

Buku “10 Teknik Hafazan PROFAZZ” ini terhasil dari gabungan idea 5 beradik PROFAZZ (Professional Huffaz) yang memiliki latar belakang pendidikan hafazan yang berbeza. Ianya terbit setelah teknik ini didedahkan melalui program Jelajah PROFAZZ di serata Malaysia dan mendapat pelbagai testimoni positif.

Bagi merealisasikan hasrat melahirkan seramai mungkin PROFAZZ di Malaysia, buku ini memberi perkongsian teknik hafazan PROFAZZ dengan gaya menarik, santai dan mudah difahami. Teknik ini diasaskan oleh Dr Syamil PROFAZZ yang berjaya menghafal 30 Juzu’ al-Quran dalam masa 5 bulan.

Sirah Rasulullah s.a.w. ketika mula mendapat wahyu pertama menjadi falsafah utama di sebalik teknik ini, di mana ayat 18 Surah al-Qiyamah merupakan asas kepada teknik hafalan yang mantap dan berkesan.

Penulis: Aiman PROFAZZ, Dr Syamil PROFAZZ, Dr Irfan PROFAZZ, Farhan PROFAZZ dan Suhayl PROFAZZ
Penerbit: PROFAZZ Media Sdn Bhd
Harga: RM33 Postage RM8.50sm/RM12ss

Berminat untuk dapatkan buku 10 Teknik Hafazan Profazz, boleh klik link : http://www.wasap.my/60122825665/10TeknikHafazanProfazz